Kerjaya antarabangsa Nikica Jelavić

Pada 2007, Jelavić telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan untuk kelayakan UEFA Euro 2008, tetapi beliau tidak sebarang perlawanan kelayakan kejohanan itu.[33] Jelavić membuat debut penuh antarabangsanya dalam perlawanan persahabatan menentang Qatar pada 8 Oktober 2009 di Rijeka, beliau menjadi pemain gantian Ivan Klasnić pada minit ke-64 dan beliau juga menjaringkan gol antarabangsanya untuk memberikan kemenangan pada pasukannya, 3-2.[34] Pada 14 Oktober 2009, beliau membuat penampilan antarabangsa pertama bersama Croatia dalam satu kejohanan, di mana pasukannya beraksi di kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Kazakhstan di Astana.[35]

Pada 2010, beliau membuat lima penampilan antarabangsa dan menjaringkan satu gol ketika menentang Slovakia di Bratislava, 1-1.[36]

Jelavić telah terpilih untuk memasuki skuad Croatia di UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol antarabangsanya di kejohanan ketika menentang Republik Ireland, Croatia menang 3-1.[37] Beliau juga bermain untuk Croatia ketika menentang Itali dan Sepanyol tetapi tidak menjaringkan gol dan Croatia tersingkir daripada kejohanan itu.[38][39]

Dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil di São Paulo, beliau menerima bola dari Ivica Olić dan beliau menyepak ke arah Marcelo, lalu gol pertama untuk Croatia pada kejohanan itu, Croatia kemudian tewas 3-1.[40]

Pada 11 Oktober 2014, beliau mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.[41]

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1.8 Oktober 2009Stadion Kantrida, Rijeka, Croatia Qatar3–23–2Persahabatan
2.11 Ogos 2010Štadión Pasienky, Bratislava, Slovakia Slovakia1–11–1Persahabatan
3.10 Jun 2012Stadium Miejski, Poznań, Poland Ireland2–13–1UEFA Euro 2012
4.7 September 2012Stadion Maksimir, Zagreb, Croatia Makedonia Utara1–01–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5.6 Februari 2013Craven Cottage, London, England Korea Selatan3–04–0Persahabatan
6.6 Jun 2014Arena Fonte Nova, Salvador, Brazil Australia1–01–0Persahabatan

Rujukan

WikiPedia: Nikica Jelavić http://www.croatiantimes.com/news/Sports/2010-08-1... http://www.evertonfc.com/first-team-stats-2011/12 http://www.evertonfc.com/news/archive/2012/01/31/j... http://www.evertonfc.com/news/archive/2012/04/30/j... http://soccernet.espn.go.com/quotes?id=340284&cc=5... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/313121?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/325781?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334189?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334196?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334205?cc...